BAB 8 - PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan (Benoit dan Trigeorgis, 2011)Manakala dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna.Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Definisi bilik darjah pula ialah satu tempat berlakunya proses penjaran dan pembelajaran dimana melibatkan interaksi antara guru dan murid. Ianya merupakan satu tempat yang terpenting yang perlu terdapat di sekolah. Menurut (Richards, 1990)  pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh guru untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran P&P di dalam bilik darjah yang merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan susun atur meja dan kerusi serta masa yang diperuntukan bagi satu subjek pembelajaran.

Antara perubahan yang berlaku pada konsep bilik darjah ialah dulunya dimana satu proses pembelajaran berlaku dengan adanya murid sebagai pendengar serta guru sebagai tenaga pengajar dianggap bilik darjah walaupun bukan di dalam bilik kelas. Manakala sekarang merupakan sebuah bilik darjah perlulah lengkap dengan kemudahan pembelajaran contonya kerusi, alat bantu mengajar dan sebagainya. Ianya juga merupakan satu tanggungjawab seorang guru untuk memimpin kelas tersebut.

Selain itu perubahan pada penyusunan bilik darjah ialah berkait dengan tempat duduk belajar, meja guru, kerusi dan meja pelajar. Objektif pengurusan bilik darjah adalah untuk mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan serta menyimpan rekod pelajar untuk menilai sama ada pelajar tersebut gagal atau sebaliknya.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dalam kelas ialah  susunan bilik darjah seperti keadaan emosi bilik darjah di mana menekankan tentang kawalan dan kepimpinan dalam bilik darjah contohnya gaya autokratik, gaya demokratik dan gaya laissez Faire.
§
Dalam strategi menguruskan bilik darjah, guru merupakan salah satu penggerak dan rujukan kepada pelajar dalam menentukan suasana dan kelancaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. Selain itu, minat murid terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan strategi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik. Dari sudut institusi pendidikan bilik darjah merupakan bilik-bilik yang menempatkan para pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dan interaksi antara satu sama lain. Oleh itu susun atur sangat mempengaruhi minat serta kelancaran sesebuah pengajaran yang akan memberi kesan kepada fahaman para pelajar.

Comments