Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005),
pengurusan tingkah laku merupakan satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang
sesuai. Seterusnya, disiplin ialah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik.Justeru, displin merupakan proses mendidik dan membolehkan
seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Masalah disiplin sekolah lebih
sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian.
Isi penting yang
telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan jenis devian.
Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (innovation),
ritual (ritualism), undur (retreatism), dan menentang (rebelliation). Inovasi
(innovation) adalah suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan
tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan
markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik. Yang kedua ialah
ritual (ritualism) dimana tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Misalny
pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.Yang
ketiga ialah undur (retreatism) yang bermaksud seseorang yang tidak lagi
berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan
melakukan ponteng sekolah. Akhir sekali ialah menentang (rebelliation) dimana
ia menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain
seperti mencuri.
Topik 9 ini berkaitan
dengan peraturan dan disiplin murid, pengurusan devian dan salah laku serta
pekeliling dan peraturan. Guru hendaklah menangani masalah devian yang berlaku
dalam kalangan pelajar secara profesional. Guru juga mestilah bijak dalam
mencorak anak didiknya agar mereka tidak berasa tersisih dan melakukan salah
laku. Pelajar memerlukan perhatian yang sama rata daripada guru dan hal ini
haruslah dilaksanakan oleh guru tanpa ada unsur pilih kasih.
Comments
Post a Comment