Berdasarkan
Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas 2013) Bahagian 3, ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan
bagi murid
berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau
di sekolah yang
melaksanakan PPKI atau Program Pendidikan Khas Inklusif,
pada peringkat
pendidikan pra sekolah; pendidikan rendah; pendidikan
menengah; atau pendidikan
lepas menengah. Akta tersebut juga menyatakan bahawa
‘Murid Berkeperluan
Pendidikan Khas (MBPK)’ ertinya murid yang diperakukan
oleh pengamal
perubatan, ahli politik, ahli audiologi atau ahli
psikologi, mengikut mana-mana yang
berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau
tidak, sebagai murid yang
mempunyai ketidakupayaan penglihatan; ketidakupayaan
pendengaran;
ketidakupayaan pertuturan; ketidakupayaan fizikal;
masalah pembelajaran; atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan
dan masalah, seperti
yang
disebut. (MOHDNASIR,
2016).
Apa
yang saya pelajari dari topik ini adalah terdapat 3 isi penting boleh
dikongsikan bersama. Pertama, program pemulihan. Program pemulihan merupakan “Satu program
pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan
kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini
dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Selain itu, ia juga
dapat menggalakkan murid tersebut lebih banyak bertanya dan mengurangkan rasa
malu pelajar tersebut. Program pemulihan tersebut dijalankan untuk
menggurangkan masalah yang dihadapi oleh murid pelbagai upaya.
Seterusmya
adalah penggayaan.Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai
satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada
itu. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan
menegak.aIa juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara
tidak langsung. Selain itu, murid boleh
belajar bergeerak sendiri dengan dorongan guru yang membantu mereka. Selain
itu, ia juga dapat menggalakkan murid terus berkembang dengan minat mereka.
Akhir
sekali, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya adalah kecerdasan logik-matematik,
kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik,kecerdasan kinestatik badan dan
pelbagai lagi. Sebenarnya murid pelbagai upayaini tidak hanya tertumpu kepada
satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdassan yang berbeza bergantung kepada
diri masing- masing. Mereka boleh dicampurkan sekali Cuma guru perlu
lebih perhatian terhadap golongan ini.
Guru
perlu membantu mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal
sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik. Manakala murid
tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu pada masalah
kognitif sahaja. Dengan
kaedah, strategi dan teknik
pengajaran yang telah dikuasai oleh guru yang profesional,
pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam
pembelajaran ini perlu bantuan dari pelbagai pihak. (Fong, 2018). Guru juga memainkan
peranan penting dalam masalah murid pelbagai upaya. Selain guru, ibubapa juga
perlu membantu murid murid ini menggapai kejayaan.
Comments
Post a Comment