Pusat sumber bukan sekadar tempat malah ia juga
adalah perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan. Konsep Pusat Sumber ialah suatu
tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa
dan perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan
mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan
lengkap dan dan sentiasa dikemaskini sejajar dengan perkembangan
pendidikan. Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat
pelanggan di bidang pembelajaran. Objektif Pusat Sumber diwujudkan adalah untuk
kecemerlangan pendidikan, penggunaan kemudahan, pemupukan tabiat belajar,
penghasilan bahan, perkhidmatan pembelajaran dan kemahiran maklumat.
Fungsi Pusat Sumber ialah mengenal pasti dan
menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum,
berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses
pembelajaran, tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan, pintu
masuk maklumat dari agensi luar. Di samping itu, memudahkan murid untuk
mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat
keperluan kurikulum. Selain itu, menggalakkan aktiviti membaca dan kemahiran
maklumat. Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri, penyedia keperluan
terkini teknologi pendidikan dan menyedia perkhidmatan reprografi dan
rakam salin.
Ciri-ciri Pusat Sumber yang berkesan ialah
warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS. Selain itu, terdapat pelbagai
aktiviti galakan penggunaan PSS, perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam
proses PdPc. Lokasi PSS di sewajarnya dibina di tengah-tengah kawasan
sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi. Warga sekolah suka dan senang
datang menggunakan PSS. Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat
bantu kurikulum. Pusat Sumber mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi,
terkini dan menarik .
Komponen pembelajaran berasaskan sumber penggunaan buku
teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber,
pelaksanaan latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat
pandang dengar. Dasar pembelajaran berdasarkan sumber ialah pengajaran melalui
kerja projek, pengajaran unit yang berintegrasi,pendekatan inter
disiplin dan pembelajaran individu secara aktif. Ciri-ciri
pembelajaran berasaskan sumber ialah aktiviti pembelajaran memberi penekanan
kepada sumber pendidikan, melibatkan pelajar belajar secara aktif dengan
menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan
saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan. Seterusnya,
memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan. Lebih fleksibel
dalam penggunaan waktu dan ruang belajar. Selain itu, mengembangkan sikap yakin
kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
Comments
Post a Comment