Menurut
dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada
bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu. Kepemimpinan adalah
seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang,
mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu
mempunyai cara dan seni sendiri. Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan
memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa). Organisasi yang baik mempunyai
orentasi visi dan misi ke depan. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk
mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih
tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di
sekolah melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong kanan hal ehwal murid,
penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan kaunseling, guru kelas, guru
serta murid.
Tiga isi penting yang telah saya pelajari
dalam tajuk ini ialah gaya
kepimpinan autokratik. Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih
mengutamakan kepada kehendak kerja dan menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis
ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan
yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin
antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan
terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat
orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima.
Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong
namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
Selain itu, gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang
paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini
bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya.
Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan
mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima
kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan
berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin
lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah
rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.
Akhir sekali ialah gaya
kepimpinan kontegensi. Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan
perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry
Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya
kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya
kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam
menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh
situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok
kerja.
Kesimpulannya,
daripada perbincangan diatas kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu
itu mempengaruhi anggorta-anggota lain dalam kumpulannya kearah mencapai tujuan
dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang
sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi
mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya,
pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik
kejayaan dalam organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa
kepimpinan yang berkesan.
Comments
Post a Comment