Menurut (Shaarai, 2012)proses pembelajaran merupakan salah satu
unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan
pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat
pembelajaran yang kondusif. Menurut( Eng,2014)Alam pembelajaran bermaksud keaadan
atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam
mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak
tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi
aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan
maklumbalas.
Terdapat
tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah
persediaan sebelum mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum
masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan persediaan
untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah
memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam
kelas.
Seterusnya
adalah buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru
mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis
segala aktiviti yang dijalankan didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti
merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.
Akhir
sekali, perlaksanaan P& P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara
penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat
beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu
merancang permulaan pengajaran
yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau
dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan isi
kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang
berurutan, disusun dengan baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang
sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup
boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan
satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.
Pengurusan
alam pembelajaran ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan
selepas pengajaran.Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititkberatkan kepada
para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu,
segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan
pencapaian para pelajar. Pentingnya pengurusan ini supaya dalam kelas , sesi
pembelajaran berlangsung dengan lancar. Tidaklah timbul masalah terlebih atau
terkurang masa untuk mengajar subjek tersebut.
Comments
Post a Comment