BAB 11 - PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


      Menurut Kamus Dewan (4th Edition) pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya). Sifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju(akal budi). Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai budaya”mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal.

      Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum. Yang pertama ialah isi kandungan. Ia merupakan pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan. Yang kedua ialah minat dimana pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar. Yang ketiga ialah kadar:dimana pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru. Yang keempat tahap merupakan pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap.  Yang kelima ialah akses dimana pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka. Yang keenam ialah respon. Respon merupakan pembezaan akses (kepada sumber) memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar. Yang ketujuh merupakan urutan. Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek.Seterusnya, pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang supaya pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah.Masa guru merupakan masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang masa mereka. Stail pengajaran juga merupakan pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan –visual learners, auditory, verbal dan sebagainya.

  Topik 11 berkaitan dengan pengurusan pelbagai budaya. kepelbagaian budaya merupakan  satu  strategi  dan  perspektif baharu  untuk memahami  variasi  pelajar  dari masyarakat  yang  berbilang  kaum  dan  berbilang  budaya. Dengan  itu  hubungan  yang lebih  harmoni  dapat  dapat  diwujudkan  semasa  berinteraksi. Strategi  ini  seharusnya dapat  membantu  para  pelajar  memahami kepelbagaian  budaya yang  ada  di  negara  ini supaya  matlamat  pendidikan  untuk  memberi  kesedaran  kepada \pelajar-pelajar  tentang wujudnya  pelbagai  nilai,  budaya,  agama  dan  bangsa  dalam masyarakatnya  serta  terdapat pula  persamaan-persamaan  dalam  budaya  berbagai  dapat dicapai.

Comments