Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menyatakan
bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara
optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran
bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan
rohani serta beriman dan beramal soleh. Semua guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa hendaklah dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap
dan berjadual. Fokus Unit Bimbingan & Kaunseling ialah pembangunan dan
perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin murid, pengurusan
akademik dan kerjaya. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan Laporan
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling (LPBK). Antara program yang
dilaksanakan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling ialah Amalan Guru Penyayang
melalui program mentor dan mentee. Seterusnya, pelaksanaan Program Minda Sihat
dengan melakukan Saringan DASS, Saringan Coping Style, dan Saringan masalah
murid. Pendidikan Kerjaya juga diberikan kepada murid melalui ujian-ujian
inventori kerjaya. Guru Bimbingan dan Kaunseling mendukung Dasar Warga Emas
Negara (DWEN) melalui aktiviti kesukarelawanan, dan program warga emas angkat.
Pembangunan dan
Perkembangan Sahsiah Diri Murid bermatlamat untuk memupuk perkembangan
personaliti diri positif seperti sikap penyayang, berbudi bahasa, kepimpinan,
kekemasan diri, dan ketepatan masa. Kaedah yang dilaksanakan ialah kaunseling
individu, kaunseling kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok,
konsultasi dan ceramah. Peningkatan Disiplin Murid bermatlamat untuk memupuk
disiplin murid melalui intervensi bagi mencegah pelanggaran disiplin secara
berterusan. Kaedahnya ialah Sistem fail (SSDM), perkongsian, kaunseling
individu, kaunseling kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok,
konsultasi dan ceramah. Pengurusan Akademik dan Kerjaya bermatlamat untuk
memberi pendedahan dan bimbingan mengenai peluang pendidikan dan hala tuju
kerjaya. Kaedah yang boleh dilaksanakan adalah melalui bimbingan individu,
bimbingan kelompok, ceramah, forum, seminar dan pertandingan. Psikososial dan
Kesejahteraan Mental bermatlamat untuk membimbing murid agar mampu mengurus dan
mengekalkan kesejahteraan diri dan mental. Kaedah yang digunakan ialah melalui
bimbingan kelompok, bimbingan individu, bengkel atau seminar, perkhemahan,
Pembimbing Rakan Sebaya, taklimat dan inventori.
Falsafah Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling menyatakan bahawasanya setiap pelajar mempunyai
potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan
berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam
aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Semua
guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah dikecualikan daripada
beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual. Fokus Unit Bimbingan
& Kaunseling ialah pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid,
peningkatan disiplin murid, pengurusan akademik dan kerjaya. Guru Bimbingan dan
Kaunseling perlu menyediakan Laporan Perkhidmatan Bimbingan &
Kaunseling (LPBK). Antara program yang dilaksanakan oleh guru
Bimbingan dan Kaunseling ialah Amalan Guru Penyayang melalui program mentor dan
mentee. Seterusnya, pelaksanaan Program Minda Sihat dengan melakukan Saringan
DASS, Saringan Coping Style, dan Saringan masalah murid. Pendidikan Kerjaya
juga diberikan kepada murid melalui ujian-ujian inventori kerjaya. Guru
Bimbingan dan Kaunseling mendukung Dasar Warga Emas Negara (DWEN) melalui
aktiviti kesukarelawanan, dan program warga emas angkat.
Comments
Post a Comment